KEDATANGAN KEMENTERIAN KE SEKOLAH KAMI

Takut , takut !
Perasaan yang tidak dapat digambarkan oleh semua warga STAR PUTRA . Hihi :)
Seperti biasa , guru-guru akan bertungkus-lumus untuk memberikan pandangan dan reaksi yang terbaik 
kepada pihak yang akan hadir ke sekolah kami . 
Kami , pelajar STAR PUTRA juga tidak lupa bersama-sama berusaha supaya tidak memburukkan
nama sekolah kami .

Malam tadi , pengetua kami telah memesan kepada kami supaya
tidak memalukan sekolah . Beliau juga memesan agar menjaga sopan-santun
dan budi bahasa kami ketika pihak Kementerian datang ke sekolah nanti .

Kami JANJI , Pn Rosnah ..
Kami janji akan mengekalkan reputasi sekolah , bukan sahaja minggu ini malah
sepanjang kami menjadi warga STAR PUTRA .
Kami juga berjanji akan membanggakan sekolah ini baik dari segi akademik mahupun
kokurikulum .