CERITA KAMI


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia .

Apa khabar semua ? Sihat ? Pada hari ini , kami ingin bercerita tentang kawan sekelas
kami yang bermacam-macam ragamnya . Bak kata pepatah , 'Banyak orang banyak ragam'  :)

Rahman dan Rahim , kembar seiras yang memang tidak boleh dipisahkan .
Gelagat mereka memang mencuitkan hati kami malah juga cikgu yang mengajar kelas kami .
Ada-ada sahaja , gelagat mereka yang membuatkan kami ketawa terbahak-bahak . 

Ini pula cerita tentang , adik- beradik perempuan kelas kami .
Satu hari  tidak bergaduh , tidak sah agaknya . 
Mujur ada yang menyelamatkan keadaan sebelum menjadi lebih parah lagi .

Tentang adik-beradik lelaki kelas kami pula ,
mereka suka sangat tidur di dalam kelas . Hobi mereka agaknya :)
Terutama sekali , Fazreen dan Syukri .

Itulah sedikit asam garam kehidupan kami di kelas 4UM .
Kami amat berharap , persahabatan kami akan kekal berpanjangan sehingga ke akhir hayat .

Moga ikatan persahabatan yang tersimpul ini diberkati Allah SWT . InsyaAllah ~