MINGGU SAINS DAN TEKNOLOGI

Sepertimana yang semua orang tahu , minggu ini adalah Minggu Sains dan Teknologi .
Pelbagai aktiviti seperti pertandingan yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah . 
Kami juga tidak terkecuali untuk turut serta menyertai pertandingan yang diadakan seperti  pertandingan 
Mencari Khazanah Alam , Kuiz Matematik , Fizik , Kimia dan IT . 
Bukan itu sahaja , beberapa pameran juga telah diadakan di sekolah kami seperti pameran Biologi , Kimia dan Fizik . Kami sungguh teruja ketika melihat pameran yang diadakan .  Salah satu pameran yang menarik perhatian kami ialah pameran pembedahan tikus . Pada mulanya memang kami berasa takut dan tidak mahu melihat tikus tersebut dibedah . Tetapi , demi menimba pengetahuan dalam ilmu Biologi , kami tetap juga melihat pembedahan itu .