PERTANDINGAN MEMBINA BLOG


Assalamulaikum dan Salam Sejahtera . 

Ketika Minggu Sains dan Teknologi dilancarkan pada hari Isnin yang lalu , 
beberapa pertandingan telah dianjurkan oleh pihak sekolah .
Salah satu daripada pertandingan tersebut ialah , PERTANDINGAN MEMBINA BLOG .
Kami sangat teruja untuk mengambil bahagian dalam pertandingan itu .
Mujur kami bertiga mempunyai sedikit kemahiran dalam membina blog .
Semua idea telah kami curahkan dalam blog kami yang baru ini .
Sebenarnya kami tidaklah sehebat pembina blog yang lain .
Tetapi InsyaAllah , jika rezeki milik kami , tidak mustahil kami boleh menang dalam
pertandingan membina blog dengan usaha yang telah kami lakukan sehabis mungkin .

Kami mula membina blog ini , pada saat-saat akhir pertandingan .
Pada awalnya , kami terfikir bahawa kami tidak akan menang kerana kesuntukan masa .
Kami sudah mula berputus asa  . Mujur salah seorang daripada kawan kami , 
NASHA AMIRA datang dan memberi semangat kepada kami .
TERIMA KASIH DAUN KELADI , NASHA !

Akhir kata ,
kami sangat berharap Cikgu Basori akan menilai blog kami ini mengikut aspek yang
telah ditentukan dan kami berharap akan memenangi pertandingan ini :)